Wednesday, January 09, 2008

Bercuti di Thailand

Pantai Songkla yang mendamaikan . Berposing dengan Mermaid yang menjadi mercu tanda
Pengalaman menaiki Tot-Tot satu pengalaman yang menyeronokan

Bersama Isteri Tersayang! di salah sebuah monumen



Bercuti di Indonesia

Deretan Becak di Yogyakarta merupakan pemandangan biasa . Pengayuh becak kebayakan terdiri daripada orang-orang tua dengan bayaran yang berpatutan.
Salah satu pemandangan di tengah-tengah kota Jakarta, Indonesia. Indonesia merupakan kota fesyen dengan produk barangan yang murah .


Pemandangan Jogjakarta. Kesan peninggalan sejarah banyak di dapati di kota ini seperti
Candi Borubodor. Di Jogja terdapat istana Kraton lama dan ia masih digunakan.
Salah sebuah museum di Jakarta



Thursday, December 06, 2007

Album di Bali....

Bercuti di Bali
Percutian di Bali sesuatu yang menyeronokan. Ini kali kedua kami ke Bali dan percutian pada kali ini amat bermakna kerana ia adalah honeymoon. Kami bertolak pada 29 Oktober 2007 (raya ke3) dengan penerbangan QATAR AIRWAYS(LAYANAN YANG RAMAH DAN KAPAL TERBANG BARU).Kami menginap di Kuta Lagoon Villa , di Legian Street. Legian Street memang happening dengan ramai rakyat Australia. Next percutian adalah Hong Kong dan Seoul.
Ciri ini unik di Bali dengan pengaruh Hindu yang kuat

Ini merupakan kawan kami daripada China bersama-sama bercuti di Bali. Sekarang
mereka bekerja di Singapura


Dinner di Pantai Jimbara, sambil menikmati sunset . Deretan kedai makan dengan pelbagai makanan Bali

Pose !



Honeymoon@Bali,Indonesia

Permandangan menarik di Bali , Bali sememangnya mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri .
Gambar di atas adalah di Tanah Lot, Bali. Di sini memang tempat syurga shopping kepada yang berminat untuk mendapatkan souvenir. Pemandangan di sini amat menarik dan mereka harus menghabiskan masa di sini dengan lebih banyak .

Gambar di atas merupakan tempat pengeboman di salah sebuah kawasan di Kuta. Ia mengorbankan ramai nyawa.





Lake Batur. Memang terasa sejuk di sini . Permandangan di sini memang cantik sangat-sangat. Di sini memang senang mendapatkan makanan halal.





Gambar-Gambar Perkahwinanku

MENGIKAT JANJI
Majlis perkahwinan berlangsung pada 7 Julai 2007 di Seremban . Kemerihannya sangat-sangat terasa dan berdebar-debar untuk bergelar suami .
MELIHAT KEBAHAGIAN YANG INDAH
Gambar bersama-sama rakan sekerja. Terima kasih di atas sokongan kalian .

KEBAHAGIAANKU






Thursday, May 17, 2007

De Melbourne

Berposing sakan di Sovereign Hill. Named Australia's Major Tourist Attraction 2005/06, Sovereign Hill has been wowing audiences for over 35 years! Generations of Australians and overseas visitors have experienced our recreated 1850s goldfields township where there is real gold in the creek and history comes alive. Sovereign Hill's commitment to creating great heritage and value-for-money make it one of the best family tourist attractions in the world. Step back in time and discover why.
Terjumpa kawan daripada Pahang berhampiran Yarra River. Gambar ini dirakamkan 3am. Seronok sesekali berborak panjang . Ini myfren daripada Kuantan yang sedang sambung pengajian di Melbourne. Stesen utama tren Melbourne adalah Stesen Flinders Street untuk tren intrabandar manakala Stesen Southern Cross pula untuk tren-tren antarabandar. Sistem trem di Melbourne dimiliki oleh Syarikat YarraTrams. Trem adalah antara pengangkutan yang sangat digemari oleh warga Melbourne kerana ia menghubungi tempat-tempat menarik seperti di dalam CBD, Docklands, Restoran-restoran Lygon Street, Universiti Melbourne, Pantai St Kilda, dan sejauh Box Hill (yang terletak di dalam Zon 2).




Sir Henry Bolte" was probaly the last " Australian"battler-a larrikan,spotsman,lifelong gambler and smoker who spoke in the idion of a bygone,pre television age who told things as he saw them, and whose tough,earthy humour and quotable quotes still spring readily to mind.
" I mightn't always have been right-but I've always been firm( Sir Henry Bolte GCMG)



Wednesday, May 09, 2007

Bercuti di Melbourne

Muka tengah letih tue...daripada Aiport rehat jap terus gi Victoria Market. Ini mesti anda kena pergi souvenir dia murah-murah. banyak barang Made In China. Jangan lupa tawar menawar di sini .
CATATAN PERJALANAN

Saya tiba di Lapangan Terbang Melbourne jam 7 pagi iaitu selepas perjalanan tujuh jam 20 minit daripada KLIA. Cuaca dingin menyambut kami di Lapangan Terbang kira-kira 18 darjah celcius. Angin kuat menambahkan lagi kesejukan kami. Kami dibawa menginap di Hotel Clarion Suites, Gateway untuk merehatkan diri kami . Apa yang menarik di kalangan rakyat di Melboune mereka amat menghargai alam dan menjaga monumen-monumen yang bersejarah.

Di Sovereign Hill macam-macam kita dapat temui. Permandangan seperti Pekan Koboi. Anda berpeluang melombong emas di sini . Jika anda bernasib baik anda akan dapat emas..datanglah jika mau kaya!...

Pose gambar di salah satu lokasi Philip Island. Ia mengambil masa kira-kira 2jam daripada Melbourne City.


Melihat pemandangan di Sungai Yara , Melbourne.



Inilah di antara pose menarik bersama kangroo di salah sebuah Taman di Balarat Wild Life Park 1 jam setengah daripada Melbourne.




Memori di salah sebuah bangunan menarik di Melbourne, Australia


Pengalaman selama seminggu tidak akan muda dilupakan . Boleh dikatakan satu Melboune saya telah jelajahi. Kedai-kedai halal banyak di sini. Restoran Indian Muslim Malaysia pun ada. Jumpa lagi ...Bye!



Wednesday, March 28, 2007

Muksin Oh Muksin




Sinopsis Filem Mukhsin:
Orked bukan seperti budak perempuan lain, yang lebih suka bermain masak-masak dan kahwin-kahwin. Dia yang kasar kelakuannya, sukar diterima kanak-kanak lain di kampungnya. Malah, orang kampung memandang aneh keluarga ini seperti ketika Orked dan ibu, Mak Inom bermain hujan sementara ayah, Pak Atan melagukan keroncong.
Satu hari, Orked memerhati budak-budak lelaki bermain ‘hantu galah.’ Bila seorang pemainnya terseliuh kaki ada yang mencadangkan Orked menggantinya, tetapi seorang budak lelaki lagak ketua bukan saja enggan, malah membaling bola ke arahnya.
Orked diam, tidak mengelak biarpun bola yang dibaling keras terkena badannya. Sedang mereka mentertawakannya, dia membalas dengan membaling bola sama ke arah budak lelaki tadi yang terkena dahinya.


Dan, hidup Orked pun berubah.



Kehadiran Mukhsin, budak lelaki itu yang datang bercuti di kampungnya membibitkan persahabatan di antara mereka. Orked malah bergaya seperti Mukhsin - baju dan seluar lusuh, serta berkaki ayam, bermain dengan budak lelaki, memanjat pokok dan berbasikal.
Tapi, sebagai kanak-kanak yang meningkat remaja, Mukhsin mula menyimpan rasa terhadap Orked, menyebabkan ujud permasalahan antara mereka. Dan, bagaimana perasaan cinta mampu merosakkan sebuah persahabatan.
Filem Mukhsin berkisar tentang kasih sayang dan percintaan antara watak Orked, 10, dan Mukhsin, 12. Filem ini memaparkan tentang rasa cinta pertama yang timbul di hati mereka.
Bagaimanapun ketika itu masalah yang timbul ialah Orked masih terlalu mentah untuk bercinta, manakala Mukhsin pula sedang melalui zaman peralihan akil baligh.
Hingga hari terakhir Mukhsin meninggalkan kampung Orked, dia masih gagal meluahkan rasa cintanya.
Lalu Mukhsin pergi meninggalkan satu kenangan cinta indah buat Orked yang turut diminati seorang kanak-kanak Cina di sekolahnya.
Orked is ten. Mukhsin is twelve. They meet during one school holiday and quickly become the best of friends.
With “Mukhsin”, I try to examine one common and uncomfortable human experience: What happens when your best friend - someone with whom you’ve been learning to do cool things like climbing trees, flying kites and riding bicycles - starts to develop romantic notions about you?
I feel it’s an interesting human condition to look at, because I myself have never understood how, sometimes, something as beautiful as Love can threaten to end something else that’s just as beautiful - Friendship.


Tuesday, March 27, 2007

KIsah Sin Chan

Soal Jawab Guru dan Sin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Signage airport Kelantan


inilah papan tanda papan tanda di lapangan Terbang , Kelantan agaknya ...hehehe

Peringatan buat semua



Ada sebuah kajian mengatakan....

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... .. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066....

Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian... Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda... Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T... .

Monday, February 26, 2007

My besday



Hari ini 26 February adalah merupakan besday aku yang ke dot dot...Doakan diriku bahagia dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT . Terima kasih kepada kalian semua kerana menyokong diriku selama ini. Perjalanan diriku tiada yang special but aku happy dengan cara mcm ini.Macam2 dilalui dalam hidup ini. Kita jumpa ramai manusia yang jujur, berpura-pura, lupa kawan, mulia dan macam2. Anyway nanti kita akan berkongsi bersama-sama . Pada hari ini aku buat jamuan Nasi ayam di office, belanja kawan-kawan. So busy sket today. Semalam baru balik daripada Teluk Intan ada event sket di sana.ok lah sampai jumpa lagi...love u all!


------------------------------
© 2006 SANTAI BERSAMAKU... | Blogger Template by Baldimerah developed by O jan
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.